Soalan: suami baran
Nama*: | husna |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | suami baran |
Message*: | Salam ustaz..
Bila saya bertengkar dgn suami...suami mesti ckp kemas baju kau sekarang dan pergi balik kampung ( rumah mak abah kau).
Sambil suami cakap, dia akan tolak bahu saya, bila saya ingin sentuh dia, dia tepis saya dan baling saya dgn bantal. Bila saya dekat utk baring diribanya, dia tolak saya...kemudian sambil tu dia tengking saya dgn berkata 'tepilah!!'..bila saya xnk tepi, dia tepis dan tolak saya. Saya nk baring dilengannya pun dia tak bagi.
Untuk pengetahuan ustaz, perkara ni terjadi bila kami bergaduh sahaja
Mohon pendapat ustaz, talak jatuh atau tidak..
Tk |
File Upload: | |
Salam Puan,
Tahniah kerana puan berusaha memujuk suami.. Tahniah kerana puan seorang yang sabar melayan karenahnya. Puan akan lebih bahagia dengan usaha puan seperti ini... percayalah..
Kemas balik kampung, tidaklah menjatuhkan talak.... ia sekadar ugutan dan marah sahaja. Suami puan tentu tahu apa yang diucapkannya.
terima kasih.
Visitor IP: 203.106.158.150
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.