Soalan: suami ckp ayat iddah walaupun kami tak bercerai
Nama*: | rita |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | suami ckp ayat iddah walaupun kami tak bercerai |
Message*: | Salam ustaz...saya mengadu kpd suami yg haid saya pjg..suami kata ada terlupa mkn ubat perancang ke..saya jawab ada tapi lbat mkn satu hari tp saya mkn hari seterusnya tak missed..tiba2 je suami kata awak.mengandung yer...saya jawab tak..kemudian suami terus cakap dlm iddah kan blh mengandung.iddah waktu subur utk mengandung.....saya pelik nape suami ckp iddah...kami tak pernah bercerai...mohon ustaz terangkan adakah percakapan suami tu boleh jatuh talak? |
File Upload: | |
Salam
percakapan spt itu tidaklah menjatuhkan talak.
iddah mungkin yang dimaksudkan ialah 'tempoh masa' ..
tk
Visitor IP: 203.106.158.222
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.