Nama*: | hamba Allah |
Alamat Email: | idapharmacy@yahoo.com |
Tajuk*: | KEKUSUTAN JIWA |
Message*: | 1)tahun 2010,suami berkata, kalau kau keluar rumah mak bapak dia, kau takkan jumpa aku lagi... tapi saya ada niat nak keluar, tengah berpantang dan call mak ayah saya untuk ambil saya. 2) suami mengelar saya perempuan sundal masa saya bawa balik kerja MENAIP di rumah.(2012) 3) baik kau balik rumah mak bapak kau, aku menyesal kawin dengan kau.(2014).TAPI DIA CAKAP TANPA NIAT. 4) SAYA TAK BERSAMA SUAMI HAMPIR 4 BULAN KERANA SAYA PERNAH CAKAP, KALAU NAK, PERGI SEMBAHYANG DULU... 5) dia selalu pukul anak kerana anak suka menjerit atau menangis. 6) dia selalu ambil duit saya tanpa kebenaran. 7) dia pernah ugut nak bunuh sambil acukan pisau(2012) apa pilihan saya? taklik, fasakh? khuluk? |
File Upload: |
Salam
Puan, Perkahwinan melalui sebuah ranjau yang tidak pasti dalam atau cangkat; tidak pasti badai atau ombak yang melanda. Ada kalanya suami di pihak yang benar dan ada kalanya pula isteri di pihak yang benar. Dalam hal ini, baik suami mahupun isteri, tiada pihak mana-mana yang pasti berada pada status benar selama-lamanya. Suami dan isteri perlu berlapang dada dan menerima kelemahan pasangan masing-masing, berikhtiar pula untuk memperbaiki kelemahan itu tanpa meruntuhkan ikatan perkahwinan.
Isu yang ditimbulkan melihatkan kekusutan dan masalah yang biasa dialami dalam rumah tangga. Pada saya, rumah tangga yang dibina seharusnya kita berusaha utnuk mengekalkannya, bukan untuk meruntuhkannya. Bersabar dan berikhtiarlah untuk mencari kebahagiaan walaupun ia payah dan mengambil masa. Bersabarlah dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Jadilah kita insan yang selalu bersyukur, berfikiran positif dan terbuka. Usah dibandingkan kesulitan kita ini dengan kesenangan orang lain; keran orang lain itu juga tidak pasti di mana kesenangannya... ada pada batin atau hanya pada zahirnya sahaja.
Bersyukurlah dengan nikmat Allah yang memberikan kita seorang suami.
Perkara yang ditimbulkan itu, sebaiknya bawa berbincang dengan suami, berikan dia peluang untuk mendalami agama, takut kepada Allah dan menjaga batasan agama.. Ia perkara penting untuk menjadikan suami seorang yang bertanggungjawab. AGAMA adalah jawapan terbaik kepada kekusutan yang dialami. Bawalah keluarga ke arah menghayati agama, bawalah solat berjemaah dan bawalah al-Quran sebagai bacaan harian di dalam rumah. Ia bias menjadi punca kebahagiaan kita.
Salam n tk
Visitor IP: 103.245.88.251
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.