Friday, August 15, 2014

Soalan: taklik dalam hati

Nama*:suami runsing
Alamat Email:nuruddin.razali@iium.edu.my
Tajuk*:taklik dalam hati
Message*:saya seorang berpenyakit waswas yang amat kronik… bagai mana pula jika saya berkata dalam hati jika aku call telifon dia bunyi ring kurang dari 3 kali jika dia angkat maka aku ceraikan dia… saya berkata dalam hati tapi kemudian saya menyebut ok dan terus megikut kata hati saya dan mendail telifonnya… tetapi kurang 3 kali ring dia sudah angkat… adakah jatuh talak tersebut? kerana saya hanya berkata dalam hati hanya yang terpacul keluar ialah perkataan ok… untuk pengetahuan ustaz… setiap hari saya akan bertaruh atas sesuatu untuk menceraikan isteri saya tanpa ada sebab… ini semua kerana was was saya sehingga saya pernah medapatkan rawatan di hospital tetapi tidak Berjaya sembuh…
File Upload:

Istighfarlah banyak-banyak.

Saya menjadi benci kepada orang yang was-was (maafkan saya). kerana ia hanya merumitkan hokum Islam yang mudah dan hokum Allah itu untuk kebaikan manusia bukannya untuk melayan kesusahan hidup kita.

Taklik hendaklah disebut atau dilafazkan sebagaimana nikah dan cerai juga perlu dilafazkan. Oleh itu, lintasan dalam hati tidaklah menjatuhkan talak atau terjadinya taklik.

tk


Visitor IP: 210.48.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA