Nama*: | ShaSha |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Amat Rusing!! |
Message*: | Assalamualaikum , Disini saya inigin bertanya bahawa : - adakah talak jatuh jika suami cakap " kita sudah habis" semasa kami bertengkar di telephone? Saya amat bersedih atas sikap suami saya yg selalu ungkapkan kata2 bahawasa nyer yg dia amat menyesal berkahwin dgn saya. Setiap kali kami bertengkar dia akan cakap yg dia sudah tidak sanggup lagi hidup dengan saya. Tidak putus juga dengan kata2 kesat nyer yg sudah menjadi kebiasaan memaki hamun saya serta sumpah seranah nyer dengan kata2 seperti betina sundal, perangai binatang, besar punya lahanat, dan byk lagi. Saya pernah buat satu kesilapan yg besar sebelom kami berkahwin hingga hampir2 kami tidak jadi bernikah dan saya sudah berjanji pada nyer dan diri saya juga sendiri setelah saya berkahwin saya akan berubah dan buang kisah lampau. Perkahwinan kami sudah masuk 1 setengah tahun tetapi saya tidak sanggup setiap kali kami bertengkar dia akan menyalahkan dan menhukum saya dgn kata2 kesat nyer dan mengungkit perbuatan saya yg lampau dan berkata yg saya tidak akan atau dapat berubah….seperti itu satu senjata dia utk menikam saya supaya saya tidak boleh berkata apa2 dgn dia dan apa yg dia perlakukan seperti menelefon bekas temanita nyer….saya tidak boleh pertikai kan apa yg dia buat…..sbb dia akan berkata yg dia bukan mcm atau seperti saya etc…saya memang kuat cemburu ustaz dan saya cuma ingin kan dia menghormati keputusan saya utk jgn berkomunikasi lagik dgn bekas temanita nyer. Tetapi dia tetap tegak kan yg bahawasa nyer bekas temanita nyer itu tetap kawan nyer dan siapa saya utk menhalang dia daripada berkawan dgn sesiapa saja….Ya Allah mengapa lah saya dihukum sebegini :(( Saya cuma inginikan suami saya jgn lakukan perkara yg saya tidak suka…. tetapi dia asyik ungkapkan yg dia tidak akan peduli dgn saya….tiap kali dia cakap " pegi mampos dgn kau…aku kena hidup dibawah telunjuk kau ??? " ……… berulang kali juga dia cakap yg saya selalu tidak berfikiran terbuka dan selalu berperasaan meluap-luap cemburu giler babi terhadap nyer….saya amat runsing skrg tidak tahu mcm mana hendak meneruskan liku2 hidup saya. Saya berharap Ustaz dapat memberikan pandangan yg jelas apa yg harus saya lakukan kerana saya teramat terluka dgn sikap suami saya sekarang ini :(( Sekian Terima Kasih |
File Upload: |
Salam
Masya-Allah.. Kasihan mendengar rintihan puan menghadapi situasi begini.
Perkahwinan adalah satu pilihan dan satu tanggungjawab. Pilihan dengan maksud, kita sendiri memilih untuk berkahwin dengan siapa dan kenapa.. Lelaki punyai pilihan mutlak untuk berkahwin atau tidak. Jika lelaki itu telah berkahwin, maka ia adalah satu tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab suami adalah untuk membahagiakan keluarganya. Tugas isteri adalah membantu membahagiakan keluarga dengan kudrat dan upaya yang ada.
Merujuk kes ini, suami puan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu. Dia sedar dan tahu kenapa dia memilih puan sebagai isterinya, seharusnya itulah tanggungjawabnya untuk menjaga puan sebaiknya; biar bagaimana kisah silam yang dilalui.
Apabila suami menggunakan 'kisah silam' sebagai modal untuk menyalahkan isteri pada setiap kali pergaduhan, ia adalah amat tidak kena (tidak wajar). Kisah silam seharusnya diterima sebagaimana dia menerima puan sebagai isterinya pada pernikahan itu dilangsungkan.
Saya nasihatkan puan, perlu banyak bersabar dan berdoa bersungguh-sungguh supaya suami puan insaf dan sedar akan tanggungjawabnya. Berdoalah setiap waktu agar suami puan berubah. Puan pula perlu tunjukkan rasa hormat dan menjaga diri dengan suami sebaiknya. Tunjukkan ciri kesalihan seorang isteri terbaik buat suami.
Kesabaran tentu ada batasnya. Jika keterlaluan suami menghina dan tidak menghormati puan, baik kiranya puan membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti Pejabat Agama atau menemui kaunselor bagi membantu memberikan pandangan.
Perkahwinan dibina atas rasa saling hormat menghormati. Jika ia telah hilang, berarti runtuhlah rumah tangga itu. Ia jalan terakhir.
Terima kasih.
Visitor IP: 198.45.23.25
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.