Wednesday, August 20, 2014

Soalan: lafas dlm bentuk perbualan

Nama*:khirul affandi
Alamat Email:khirulaffandi@yahoo.com
Tajuk*:lafas dlm bentuk perbualan
Message*:Sy dn isteri berbual dlm keadaan baik.. isteri menanya kn soal kekasih lama sy.kemudian isteri memujuk sy utk melepas kn die.. utk sy pergi mendapat kn kekasih lama.. sy tk mengingin kn kekasih lama.. sy beri tahu sy lebih menyayangi isteri. Tk perlu fikir kn soal kekasih lama sy..tp isteri berkali2 bercakap soal yg sama..pd masa yg sama.. sy agak tertekan.. dn berckap.. kau nk aku lepas kn kau mcm mana.. sedang kn kita elok je ni.. isteri mula bentanya lg.. (isteri) abg ckp ape td.. sy ulang kn semula ape yg sy kata kn td.. kau nak aku lepas kn kau macam mana sedang kn kita elok je ni.. isteri mengangap seolah sy dh melafas kn talak.. sy pening kepala nk jelas kn berkali2.. ada kah jatuh talak.. selang 2 minggu isteri betanya kn tentang jatuh talak.. kawan2 yg bg tahu.. sy bawa isteri ke pejabat agama.. utk penjelasan.. tp isteri pula tk ingat ape yg sy lafas kn.. pekara ni dh blaku 7 bulan yg lalu. dn baru2 ni kami ade begaduh.. kemudian die menfail kn saman tuntutan cerai.. isteri mengata kn sy telah melafas kn cerai dlm bentuk lisan.. seperti. Aku lepas kn kau.. 2 kali.. sy terkejut dgn kenyataan die.. ape yg perlu sy buat.. sy tk berckap mcm 2.. dn sekarang die tk tingal besama sy.. pd die sy bukan suami dia yg sah.. ape pandangan ustaz..
File Upload:

Salam

Lafaz "kau nk aku lepas kn kau mcm mana.. sedang kn kita elok je ni." tidak membawa jatuhnya talak.

Bila dia dah bawa ke Mahkamah, saudara jelaskanlah apa yang sebenarnya terjadi kepada mahkamah.

tk

Visitor IP: 123.136.107.47

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA