Soalan: was-was dgn ucapan suami
Nama*: | Puteri Norelisa |
Alamat Email: | puterinorelisa@rocketmail.com |
Tajuk*: | was-was dgn ucapan suami |
Message*: | Assalammualaikum Ustad,
Saya kini mengandung 8 bulan dan baru baru ini, saya ada bertekak dgn suami saya dan suami telah melafaazkan " Lepas anak ni keluar nanti, AKU AKAN CERAIKAN KAU"
Adakah akn jatuh talak ke atas saya dan perlukah kami rujuk?? |
File Upload: | |
Visitor IP: 175.136.10.229
Salam,
Ia tidak jatuh talak kerana suami memberi syarat selepas bersalin. Namun jika selepas bersalin, suami tidak melafazkan cerai, ia jug tidak akan jatuh talak. Di sini jelasnya ada perkataan AKAN yang memberi maksud belum terjadi.
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.