Nama*: | Insan Keliru |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Inginkan kepastian |
Message*: | Salam Ustaz, Saya ada satu soalan. Si suami secara tak sengaja terlafaz satu lafaz cerai ketika seorang diri. Disebabkan was-was syaitan dan berfikir sambil menilai semula lafaz tersebut mengikut emosi akhirnya si suami yakin talak telah jatuh. Kemudian beberapa hari kemudian, timbul keraguan, lalu dia bertanya kepada ustaz/pejabat agama/para ilmuan. Jawapan daripada mereka sebenarnya talak tak jatuh dari segi hukum syarak. Ustaz, adakah talak dikira jatuh oleh sebab keyakinan yang pertama itu? Sedangkan talak sebenarnya tidak jatuh dari hukum syarak. Si suami bertambah keliru apabila terjumpa tulisan yang berbunyi.."Anda tidak dikira berdosa jika hanya mendengar bisikan ini, tetapi anda dikira berdosa jika anda percaya bahawa apa yang dibisikkan itu adalah perkara benar dan mengikutinya.." Ayat di atas seolah-olah ditujukan kepada si suami kerana seperti dia pernah mengiakan bisikan was-was dulu sehingga dia yakin talak telah jatuh (padahal dr segi hukum syarak talak tak jatuh). Adakah talak sudah jatuh ustaz jika diambil kira ayat di atas dan juga keyakinan yang pertama dulu? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam,
Maaf kerana tidak menjawab soalan ini, terlepas agak lama...
Pertamanya, kita perlu menghidari sejauhnya gangguan dan mainan syaitan ketika was-was. Bina keyakinan diri yang tinggi. Setiap perlakuan kita adalah kita yang tentukan, bukannya syaitan dan lintasan yang berbagai.
Pada pendapat saya, perkataan yang terlafaz - terpancul- tanpa disengajakan tidaklah menjatuhkan talak. Itu satu yang pasti. Usah difiirkan lagi perkara berikutnya kerana ia adalah mainan syaitan semata.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.