Friday, June 7, 2013

Soalan: jatuh ke talak...

Nama*:aida
Alamat Email:emailtoaida@yahoo.com
Tajuk*:jatuh ke talak...
Message*:Salam Ustaz, sy isteri kedua. Kami bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama tp ibu bapa restu sbb anak sy dr perkahwinan sblm ni masih kecil & perlukan bapa. Sy akur kami menumpang kasih jd ikut je rentak suami bila melebihkan keluarga isteri pertama. Kami hidup bahagia wlu masa diperuntukkan utk kami hya 2 hari seminggu..pd sy, nafkah mencukupi & sy terima seadanya. Mslh timbul bila suami berterus terang dgn isteri pertama & beliau menetang sekeras2nya krn mmg pendiriannya taknak bermadu wlu apapun alasan & dia lebih rela diceraikan. Pd beliau setiap perempuan yg nikah dgn suami org itu sundal..Menurut suami mmg isterinya agak keras hati & ketika itu mereka bertengkar sehingga anak mereka yg berusia 15thn lari dr rumah. Beliau memberi pilihan kpd suami "kau nk ceraikan dia atau tak?" Suami sy menjawab "nnti aku jumpa dia aku cerailah" sdgkan suami tidak berniat utk menceraikan sy & dia menyatakan sebegitu hya utk menamatkan pergaduhan. Sejak dr peristiwa itu, suami sentiasa dikawal & tidak lg dpt tunai tggjwb spt dulu. Isteri pertama juga sering membuat fitnah pd suami kononnya dia dpt tau sy ada lelaki lain. Syukur suami percayakan sy sehingga kini suami belum pernah lafaz talak pd sy. Tp sy musykil bila tiap kali mereka bertengkar isteri pertama selalu kluarkan soalan "kau dh cerai dia ke blum?"..suami jwb "dah"... Jatuh ke talak mcm ni Ustaz? Sy jd takut sbb isteri pertama dh warning sy kami bkn suami isteri lg. Anak yg sy kandungkan skrg anak haram. Sy keliru sbb suami sentiasa cari peluang utk tunaikan tggjwb pd sy dan anak; dia minta sy sabar sampai dia dpt lembutkan isteri pertamanya. Sy takut kami sbnrnya dh haram utk bersama.. Tolong jelaskan Ustaz...
File Upload:
Visitor IP: 206.53.152.167

Salam puan,

Kalimah 'nanti aku jumpa di aku ceraila', tidak menjatuhkan talak suami kepada puan.

Jika sekadar suami sebut 'DAH' pada persoalan isteri pertama, pada saya ia tidak menjatuhkan talak kerana ia sekadar untuk melepaskan kata tanpa berniat langsung untuk bercerai.

Jika begitu, anak kandungan puan adalah anak yang sah dan puan tidak perlu risau. Apa yang perlu ialah puan dapatkan kepastian suami bahawa dia tidak pernah menceraikan puan dan dia sebolehnya mahu membahagiakan puan.

Bersabarlah...

tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA