Thursday, June 6, 2013

Soalan: Pertanyaan tentang Zihar

Nama*:Insan Musykil
Alamat Email:
Tajuk*:Pertanyaan tentang Zihar
Message*:Assalamualaikum Ustaz..minta jasa baik dan penjelesan daripada ustaz tentang situasi di bawah ini.

1. Kes 1 : Apakah jatuh zihar ke atas isteri dengan situasi begini ustaz. Isteri bertanya kepada suaminya.."Abang, baju siapa lagi dalam mesin basuh tu bang..? Suami menjawab.. "Baju sayang je yang tinggal..tapi coli/ bra mak (mak suami) pun ada jugak..hehe.." Padahal itu hakikatnya pakaian dalam itu memang isteri yang punya..kepunyaan ibu takde pun..Suami berkata begitu sekadar ingin bergurau/ mengusik isteri sebab saiz dan design coli/bra isteri seakan-akan sama dengan size dan design mak si suami. Si suami cuma menyamakan 'pakaian dalam' isteri dengan mak nya dengan niat ingin bergurau/mengusik isterinya sahaja. Tiada niat lain. Adakah jatuh zihar ustaz?

2. Kes 2: Bagaimana pula dengan kes ini..si suami memegang seluar dalam isteri dan sambil berkata kepada isteri.."Besarnya seluar dalam sayang macam seluar dalam mak..hehe.." kata suami hanya dengan niat bergurau/ mengusik isteri dan ketika itu terlintas dalam hati ..saiz punggung isterinya sama dengan saiz punggung maknya (mak suami)..ia sekadar lintasan hati..suami TIADA NIAT untuk samakan punggung isterinya dengan punggung maknya. Adakah ini dikira lafaz kinayah..dan adakah jatuh zihar ke atas isteri?


3. Kes 3: Kes yang sama seperti kes 2, tapi bezanya..kes ini suami memang ADA NIAT nak sama kan punggung isteri sama dengan punggung maknya..dan dia menggunakan ayat itu.."Besarnya seluar dalam sayang.. macam seluar dalam mak..".. Adakah ini dikira lafaz kinayah..dan adakah jatuh zihar ke atas isteri?

Mohon penjelasan ustaz bagi ketiga-tiga kes tersebut. Kesudian ustaz menjawab soalan-soalan saya ini saya dahului dgn ucapan terima kasih.
File Upload:
Visitor IP: 113.210.137.59

Salam,

Kes 1; tidak jatuh zihar kerana pakaian yang disamakan bukannya orang..

kes 2: Pun sama, tidak jatuh zihar..

kes 3: Wallahu aklam.. saya tak pasti yang ni...

tk


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA