Soalan: gangguan hati..
Nama*: | syahreel |
Alamat Email: | syahreel.pincer@gmail.com |
Tajuk*: | gangguan hati.. |
Message*: | terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana menjawab kemusykilan saya berkaitan gangguan hati pada post semalam..
untuk pengetahuan ustaz, saya dan isteri tidak duduk bersama memandangkan saya di ipoh dan dia di bangsar..apabila saya dan isteri bersama, gangguan itu akan hadir..ada 1 malam itu, ketika tidur bersama isteri, saya diganggu..ada lintasan hati yang meminta saya melafazkan cerai talak 3..alhamdulillah saya tersedar dan terus beristighfar..cukup kuat gangguan yang saya alami,ustaz..jangankan ketika sedar malahan ketika tidur pun saya diganggu..
seperti kata ustaz sebelum ini, lintasan hati tidaklah menjatuhkan talak..sebab ia bukan diucap ataupun dilafaz dengan lidah..sebelum ini memang saya was-was..akan tetapi apabila membaca penjelasan dari ustaz pada post sebelum ini, baru perasaan was-was itu hilang.. |
File Upload: | |
Visitor IP: 115.133.186.37
Alhamdulilah.. berikhtiarlah untuk kembali pulih...
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.