Saturday, June 22, 2013

Soalan: Rujuk ketika proses mahkamah

Nama*:Hamba Allah
Alamat Email:
Tajuk*:Rujuk ketika proses mahkamah
Message*:Salam Ustaz,

Soalan saya seperti situasi di bawah;
Ketika mendaftar untuk pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah, pegawai bertugas menyarankan sepasang suami isteri supaya pergi rujuk di hadapan Pegawai Nikah Cerai dan Rujuk di pejabat agama daerah memandangkan kes "lafaz cerai secara bergurau". Pasangan akur dan suami lafaz rujuk di hadapan pegawai di pejabat daerah beberapa hari selepas itu sedangkan ketika itu proses mahkamah masih berjalan dan masih tidak diketahui keputusannya samaada jatuh talak atau tidak? Beberapa minggu selepas itu mahkamah sahkan bahawa talak 1 telah jatuh. Soalan saya, ADAKAH SAH RUJUK TADI YANG MANA IA DI LAFAZKAN DI SAAT MASIH TIDAK DIKETAHUI KEPUTUSANNYA SAMA ADA JATUH TALAK ATAU TIDAK?
File Upload:
Visitor IP: unknown

Salam,

Lafaz rujuk itu adalah sah pada pendapat saya. Ini kerana lafaz cerai itu telah terucap hanya hukumnya tidak dipastikan sama ada sah atau tidak. Dan rujuk itu amat perlu disegerakan pada ketika itu kerana keinginan mereka untuk berdamai dan bersatu kembali sebagai suami isteri yang menghalalkan hubungan mereka.

Maaf, itu pendapat saya.. tk..

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA