Friday, June 21, 2013

Soalan: sebut cerai/berpisah/masing-masing berpuluh kali.

Nama*:Mai M
Alamat Email:arianie68@gmail.com
Tajuk*:sebut cerai/berpisah/masing-masing berpuluh kali.
Message*:Assalamualaikum Tuan.
Suami saya apabila marah perkataan kegemarannya suka sebut "perpisahlah kita kalau begini" @ "masing-masinglah kita" @ "bercerailah kita" dan suami biasa kata "kalau kau mau kita bercerai, kau cakap saja".
Kadangkala dalam keadaan emosi saya menjawap "mana-mana abang saja lah".
Persoalan saya adakah jatuh talak ke atas saya?
Perkara ini telah bertahun-tahun berlaku dan menjadi seperti kebiasaan dalam perhubungan kami suami isteri.
Baru-baru ini saya telah mendengar soal jawab berkaitan talak, saya menjadi risau bagaimanakah status saya sbg isteri. Untuk ke pejabat kadi saya malu, dan saya telah mengajukan pertanyaan pada suami adakah apa yang disebutnya itu dia berniat menceraikan saya, katanya dia tidak berniat.

Mohon penjelasan.
 
File Upload:
Visitor IP: 175.138.227.231

Salam,

Berpandukan ungkapan suami yang dinyatakan oleh Puan, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada satu penegasan pada lafaz cerai.  Maksudnya untuk pastikan bercerai, lafaz yang jelas seperti AKU CERAIKAN ENGKAU, atau AKU TAK HENDAK ENGKAU LAGI, PERGI BALIK RUMAH (dengan niat bercerai) maka jatuhlah talaknya.

Cuma selepas ini, puan dan suami kena lebih banyak belajar dan berhati-hati dengan ungkapan cerai seperti itu lagi.. tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA