Soalan: Jatuh @ tidak talak
Nama*: | fara |
Alamat Email: | farahin_shukor@yahoo.com |
Tajuk*: | Jatuh @ tidak talak |
Message*: | Salam Ustaz..saya ada kemusykilan sedikit..Pada suatu hari, suami sedang menonton tv. saya pula bersiap untuk ke kerja.tiba2 saya bertanya kepada suami tajuk apa drama melayu 2? Suami pn menjawab.tajuk dia aku ceraikan kau. Jatuh atau tak talak 2 sedangkan masa itu suami sedang memandang tv. SelepAS itu saya meminta suami bertanya kepada pejabat agama.Lalu dia menceritakan kembali kepada ustaz tanpa menyebut perkataan aku ceraikan kau.tetapi ustaz tersebut bertanya kembali.tajuk apa drama itu.baru suami menjawab aku ceraikan kau. saya x pasti samaada talak jatuh atau tidak.saya khautir kalau dah terjadi dua talak. |
File Upload: | |
Visitor IP: 118.101.222.144
Salam,
Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana ia tiada niat langsung untuk mentalakkan isteri pada ketika ia diucapkan; sebaliknya sekadar penjelasan apa yang ditonton sahaja...
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.