Nama*: | siti |
Alamat Email: | sitifatimah2289@gmail.com |
Tajuk*: | sah cerai,rujuk dalam sms |
Message*: | assalam. Sekarang ni saya tak tinggal bersama suami kerana baru2 ni bapa saya meninggal dan suami saya sendiri yang izinkan saya tinggal bersama keluarga setelah ditanya beberapa kali untuk kepastian. selang beberapa hari, suami saya menelefon saya untuk meminta izin berkawin lagi dengan wanita baru dikenal 3 hari dalam facebook. saya tidak mengizinkan kerana kesempitan kewangan, pekerjaan, kehidupan kami suami saya tidak mampu. kami telah gaduh besar dan dia telah hantar sms (dalam kata lain dalam hati saya ceraikan awak, saya tk pilih awak tak pilih dia) saya menyuruh mertua tanyakan betul atau tidak tentang sms itu .suami saya menjawab dia tidak menceraikan saya dan dia menanggis..selepas solat, dia telah hantar sms (saya tarik kata2 tadi, saya tak ceraikan awak mungkin saya ada mimpi buruk semalam, saya minta ampun) saya nak tanya adakah saya sah bercerai dan rujuk dari sms yang suami saya hantar tadi.. dan adakah sah cerai jika si isteri berhadas besar.. |
File Upload: |
Salam,
Mohon butiran yang jelas apakah tulisan SMS yang dikirimkan kepada puan; apa yang suami tulis.. kerana sukar untuk saya jelaskan tanpa merujuk SMS asal yg dihantar.
Umumnya, jika SMS menyebut; saya ceraikan awak... maka jatuhlah talaknya kerana perceraian boleh berlaku an sah melalui SMS.
Rujuk juga boleh berlaku melalui SMS.
Namun harus diingat bahawa ia telah berlaku talak satu.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.