Saturday, June 22, 2013

Soalan: talak melalui sms

Nama*:alya
Alamat Email:coklatgincoo@yahoo.com
Tajuk*:talak melalui sms
Message*:asslamualaiku.
saya nak tya berkenaan status lafaz talak suami saya melaui sms.
2bln slpas pkahwinan kami, kami brgduh..puncanya sbb sy tumpang adik utk balik ke kolej kediaman universiti sy (kami tnggal berasingan krn sy sedang meneruskn pengajian di utara) suami pula bkerja di k.l..dlm perjalanan sblm hntar sy ke kolej, adik ajk sy temankan dia beli buku..slpas tue dia ajk sy tgk wyg..sy pn xfkir suami akn mrah n halang..sebab sy cuma tgk wyg dgn adik.tp lpas sy sms dia yg sy dh beli tiket dan dah msuk wyg,,,dia terus mgamuk n ckp klau sy tk balik, tgk la ape akn dia buat...slpas balik, mlm tu sy sms suami dan kmi bertengkar sbb sy nak dia faham dan dengar penjelasan saya.tp dia seolah2 tak nak dgr ap2 pnjelasan sy..kmudian sy msg dia.ni antara perbualan sms kami:

saya:kalau abg rsa dah xboleh hdup dgn syg, abg igt apa yg mama pesan hari prtama dia nak lepaskan syg balik dgn abg...kalau tak nak anak mama, tlg pulangkan mcm mna abg ambil..scara baik.."
suami:"ok..ko nak sgt cerai kan..k, kta cerai"
saya: abg sedar tak apa yg abg ckp ney?abg twu tak bnda ni xboleh buat maen2..
suami: ko igt aku maen2 ke? aku dh lme sbar dgn sikap ko..skrang aku tya ko, ko nak atau tak cerai..jwb nak or tak je!
saya: syg tak nak...syg mntk maaf dan janji xkan sakitkan hati abg and ikut smua ckp abg lps ney...syg taw syg salah..
lps beberapa lma baru suami sy bls
suami: "untuk ape lg mntak maaf..dah tak guna..kita dah cerai pun"
lps dr tue sy call dia n mnangis n mntak maaf...dia terus marah sy n lpas dr tu kmi jrg sms..dia cuma akn rply msg2 pnting sy...
kmi tak berjumpa sehingga bulan may..kemudian dia balik utk cuti pilihanraya..dan kami terus bersama mcm biasa.tp yang merunsingkan saya,sy baru menyedari,yang sy telah 3x suci dlm tempoh dia lafaz cerai melalui sms tu..dan sy takut sekiranya talak telah jtuh wktu itu,kmi sepatutnya merujuk akad yg baru..dan sy risaau sekiranya wktu kmi bersama slps tu dikira sbg berzina..
mohon penjelasan segera
File Upload:
Visitor IP: 124.82.119.182

Salam.

Perkara ini saya rujuk kepada Ust Zainudin, rakan saya sepejabat. Pendapatnya seperti berikut;

Berdasarkan maklumat di atas, maka cerai tak berlaku.

Cerai berlaku apabila suami melafazkan seperti "Aku ceraikan engkau dengan talak satu". Dan suami berniat untuk cerai.

Sekiranya lafaz umum, seperti aku cerai.....(siapa?) maka talak tidak jatuh.

Saya juga berpendapat demikian, kerana lafaz cerainya itu masih tergantung atau tidak jelas untuk menyatakan 'Aku ceraikan engkau', sebaliknya ia ayat pernyataan; kita dah bercerai' yang tidak menggambarkan talak.

Itu pendapat kami n terima kasih.

Tapi kena berhati-hati dgn perkataan cerai..

tk
 


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA