Nama*: | Effa |
Alamat Email: | asyila@fpsoventures.com |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalamualaikum. saya ingin bertanya pada ustaz.pada bulan Dec'11 suami saya ada menghantar SMS kepada sy yg berbunyi; ""Kalau saya pukul awak lagi sampai lebam-lebam saya akan ceraikan awak. Awk report polis. Saya masuk jail. Ni dah kira lafas. Lepas ni saya janji akan lepaskan awak kalau saya buat lagi. Saya janji akan jatuhkan talak kalau saya buat lagi." Tapi pada bulan Feb'11 suami saya ada memukul saya.Saya membuat report di balai polis. Saya jg ada kesan lebam2 di mata dan tangan dah telah disahkan oleh pihak hospital. Pada bulan Mar'12 saya dan suami melakukan hubungan suami isteri tapi suami tidak melafazkan lafaz rujuk kerana menganggap sms lafaz taklik yang dia hantar kepada saya itu tidak sah. Saya ingin bertanya, adakah jatuh talak? Adakah dikira rujuk selepas saya bersama suami saya? |
File Upload: |
Sala Puan Effa,
SMS pada blan Disember 2011 itu adalah lafaz taklik yang sah dan perlu dipatuhi. Jika perlakuan berkenaan terjadi, maka jatuhlah talak (talak taklik) dengan satu talak.
Pada bulan Feb 2012 (FEB'11 ?) jika kejadian itu berlaku, maka jatuhlah talak satu.
Hubungan kelamin tanpa lafaz rujuk adalah adalah tidak sah, ia perlu juga dinyatakan 'mahu rujuk' sebagaimana akad nikah dinyatakan 'aku terima nikah...' (Walaupuan ada kalangan ulama yang mengharuskan kelamin dianggap rujuk..) Ini kerana hubungan kelamin tanpa lafaz rujuk, dikhuatiri ia berlaku semata-mata atas keinginan nafsu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mengambilnya sebagai isteri kembali..
Dalam kes ini, saya berpendapat telah jatuh talak satu dan jika masih dalam edah, mohonkan suami untuk merujuk.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.