Soalan: lafaz talak
Nama*: | nur |
Alamat Email: | negativevisual@gmail.com |
Tajuk*: | lafaz talak |
Message*: | Assalamualaikum Tuan..
suami saya ada menjalinkan hubungan dengan wanita lain...
dia menyatakan pada wanita tersebut "saya dan isteri sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi"
suami saya menyatakan ayat itu berulang-kali untuk menyakinkan kekasihnya bahawa dia sudah duda..
Persoalan saya adakah jatuh talak ke atas saya?
adakah dikira kiraan satu talak bila setiap kali dia melafazkan ayat tersebut?
saya menjadi risau bagaimana kah status saya sbg isteri.
perlukah saya ke pejabat agama untuk membuat pengesahan talak sekiranya jatuh talak.
saya telah mengajukan pertanyaan pada suami adakah apa yang disebutnya itu dia berniat menceraikan saya, katanya dia tidak berniat.
Mohon penjelasan.
nur |
File Upload: | |
Visitor IP: 175.142.229.91
Salam,
Pengakuan dan penjelasan suami seperti ayat di atas tidak menjatuhkan talak. Ia tiada penegasan pada CERAI atau TALAK.
Jangan ulangi lagi.. tak baik bermain dengan lafaz talak..
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.