Soalan: Pertanyaan tentang Nas
Nama*: | msa |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | Pertanyaan tentang Nas |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Bolehkah Ustaz huraikan nas ini;
Nas dari kitab I'anah al-Talibin oleh S. al-Bakri, juz 4, hal 17 yang berbunyi:"Ringkasnya bahawa menyebut sesuatu yang ditulis tanpa berniat dikira berlaku talak, kiranya lafaz yang disebutnya itu jelas. Sebaliknya jika lafaz yang disebut itu tidak jelas ianya hendaklah disertai dengan niat"
# Saya ada terfikir, kalau macam tu, habis la penceramah-penceramah agama ketika membaca semula soalan2 daripada pendengar yang ada menyelitkan lafaz-lafaz cerai yang soreh. Begitu juga dengan guru-guru agama yang ingin mengajar anak2 muridnya tentang talak. Saya cuma terfikir, saya yakin nas ini ada penjelasan nya tersendiri. Kata orang tak tau bertanya pada yang arif. Mintak ustaz huraikan boleh tak maksud sebenar nas ini? Terima kasih. |
File Upload: | |
Visitor IP: unknown
Salam.
Mungkin nas yang dimaksudkan ialah tulisan yang suami itu sendiri tulis dan bacakan dengan jelas yang menunjukkan kpd perceraian dan talak...
Adapun para ulama @ ustaz yang mengajar ttg talak dan menyebutkan ttg talak, tidaklah terjatuh talak kpd isterinya kerana itu bukan tujuan (niat) yang dimaksudkan.
Walluaklam n tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.