Soalan: hukum berkenaan jatuh zihar atau tidaj
Nama*: | mohd ridzuan bin rosly |
Alamat Email: | mohdridzuan_rosly@yahoo.com |
Tajuk*: | hukum berkenaan jatuh zihar atau tidaj |
Message*: | ASSALAMUALAIKUM USTAZ,SAYA INGIN BERTANYA SAMADA JATUH ATAU TIDAK HUKUM ZIHAR KEATAS SAYA JIKA SAYA MENYAMAKAN POTONGAN RAMBUT ISTERI SAYA DENGAN POTONGAN RAMBUT IBU SAYA?
SAYA HANYA BERNIAT BERGURAU DENGAN ISTERI SAYA SAHAJA, DAN JIKA JATUH HUKUM ZIHAR JUGA KETASA SAYA, BAGAIMANA JIKA SAYA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA RAMBUT PUN BOLEH JATUH HUKUM ZIHAR, SEDANGKAN SAYA CUMA TAHU BERKENAAN ANGGOTA BADAN SAHAJA..MOHON PENJELASAN USTAZ...TERIMA KASIH...SEMOGA ALLAH BALAS JASA BAIK USTAZ...ASSALAMUALAIKUM |
File Upload: | |
Visitor IP: 103.1.146.15
Salam,
Setahu saya ramut dan kuku tidak termask dalam anggota zihar.
So, dalam kes ini selamat....
tk
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.