Wednesday, June 19, 2013

Soalan: gangguan hati

Nama*:syahreel
Alamat Email:syahreel.pincer@gmail.com
Tajuk*:gangguan hati
Message*:assalamualaikum ustaz,

Saya inginkan kepastian daripada ustaz mengenai permasalahan saya ini..

saya baru berkahwin pada 1 jun 2013 yang lalu..alhamdulillah kehidupan kami suami isteri cukup bahagia..tidak ada salah faham di antara kamipun..akan tetapi saya mempunyai masalah gangguan kepada hati saya ini..terasa seperti hati saya ini didorong dan dibisikkan untuk melafazkan istilah cerai terhadap isteri saya yang datang terlintas di hati tidak kira masa,sukar dikawal dan akan menyebabkan hati saya rasa tidak keruan..ia seperti suara hati untuk melafazkan perkara sedemikian..sedangkan saya tidak pernah terlintas di hati untuk melafazkannya apatah lagi untuk menceraikannya..

apabila terjadinya gangguan seperti ini, saya cukup berhati-hati dengan apa yang terlintas atau niat di hati agar tidak terkeluar dari mulut saya..saya cukup bimbang dengan keadaan seperti ini..

kadangkala perasaan was-was akan hadir dalam diri saya apabila gangguan ini datang..adakah jatuh talak apabila adanya lintasan mahupun niat di hati saya ini?..sedangkan saya tiada melafazkannya kepada isteri saya..

adakah ia gangguan dari syaitan?

saya juga terlalu memikirkan tentang perkara cerai dan talak ini apabila saya membaca berkenaan perkara tersebut di dalam buku agama ataupun forum soal jawab agama. Apa yang saya baca itu sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan selalu terngiang-ngiang di fikiran saya..sehinggakan saya takut untuk bercakap istilah tersebut bagi megelakkan ia terkeluar dari mulut saya..

adakah cara untuk saya melupakan berkaitan perkara ini..saya betul-betul takut dan risau dengan keadaan saya sekarang ini..

harap ustaz dapat memberi jawapan bagi menenangkan hati dan seterusnya memberi keyakinan dan kekuatan kepada saya..
File Upload:
Visitor IP: 175.136.109.38

Salam Sdr Syahreel,

Terlebih dahulu, selamat pengantin baru saya ucapkan.. Semgoa perkahwinan ini kekal abadi hingga ke syurga..

Pertamanya, ini adalah gangguan dan mainan syaitan dalam hidup kita. erasaan was-was dan bisikan halus yang sering muncul adalah mainan syaitan untuk meruntuhkan kebaikan yang dibina. Syaitan tidak pernah senang melihat kita aman dan bahagia, kita tenang beribadah dengan Allah.

Sdr perlu sentiasa mengingati Allah, banyakkan beristighfar dan berzikir. Lazimi membaca surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas selain ayat Kursi. Jiak ada gangguan (lintasan) lagi, cepat-cepat istighfar dan buangkan ingatan itu serta merta. Usah dilayan atau dipanjang-panjangkan ingatan seperti itu.

Lintasan hati seperti ini, tidaklah menjatuhkan talak.

Elakkan sama sekali menyebut perkataan cerai atau talak, jika tidak ia memberi kemenangan kepada syaitan.

Selamat beramal. tk

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA