Nama*: | Effa |
Alamat Email: | asyila@fpsoventures.com |
Tajuk*: | Jatuh talak atau tidak? |
Message*: | Assalamualaikum. Terima kasih Ustaz kerana menjawab soalan saya..suami sy ada memukul saya pada Feb 2012.saya tersalah menaip Feb 2011. Pada Feb 2012 ustaz mengatakan telah jatuh talak satu ke atas saya. Maknanya kini saya bukan dalam edah lagi. Sekiranya saya mahu rujuk bersama suami,kami perlu bernikah semula kan.? Suami mengatakan dia telah merujuk saya dengan melakukan hubungan suami isteri tanpa lafaz rujuk.Ustaz mengatakan rujuk tanpa lafaz adalah tidak sah.Apakah hukumnya jika kami masih tinggal bersama,melakukan hubungan suami isteri & saya hamil? Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkara ini sebelum saya memfailkan permohonan cerai taklik di mahkhamah.Sekiranya suami saya tidak mahu mengaku bahawa dia yang telah menghantar sms tersebut bagaimana ustaz. saya ade menyimpan bukti sms,laporan polis dan laporan hospital.Adakah kes akan berpanjangan sekiranya suami saya tidak mahu mengaku? |
File Upload: |
Salam,
Terima kasih atas penjelasan...
Setelah tamat tempoh edah, suami perlu bernikah (akad nikah dengan mahar, wali dan saksi) semula dengan isterinya utk menghalalkan hubungan.
Ada beberapa pendapat ulama yg mengatakan hubungan jenis boleh diperakui sbg makna rujuk walaupun pendapat umumnya as-Syafie mengkehendaki dilafazkan 'rujuk'. Untuk lebih adil, puan boleh bertanyakan suami sama ada dia bersetubuh itu dengan tujuan rujuk atau sekadar 'nafsu'... JIka bertujuan dan berniat rujuk, maka kita boleh berpegang pd pendapat ulama yang mengatakan bersetubuh itu boleh dijadikan asas untuk kembali rujuk.
Jika suami puan tidak mahu mengaku, sedangkan buktinya telah kukuh; itu satu kesalahannya. Puan boleh jelaskan bahawa perbuatannya dahulu telah menjatuhkan talak (talak satu) yang perlu dirujuk atau diakad nikah semula. Tidak semestinya dipanjangkan di pejabat agama jika suami mengakui akan kesalahannya dan mengakui telah terjatuhnya talak.
Mungkin puan boleh mendapatkan beberapa keterangan lanjut daripada pihak berwajib (pejabat agama).
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.