Soalan: was-was
Nama*: | fahmi |
Tajuk*: | was-was |
Message*: | Assalamualaikum..
Sy nk tny ustaz..baru2 ni sy tlh menyebut perkataan 'klo awk tak naik kereta ngn sy,sy ceraikan awak..time tu tngah marah sbb isteri sy nk naik bas..lepas itu isteri sy naikla ngn sy..sy niat utk masa itu sahaja dan bknla next time..so syarat itu tlh dipatuhi dan xjatuh talak la kn?ptg yg sama isteri sy naik bas dan sy mengizinkan dia naik...adakah jatuh talk tntg perkara ni..
Sy jd was2..
Terima kasih.. |
File Upload: | |
Salam
Ia bergantung kepada niat saudara, jika diniatkan utk ketika itu sahaja, maka lafaz taklik itu sah pada ketika itu sahaja dan terbatal untuk ketika lain. Ia hanya jadi pada ketika ia dilafazkan sahaja.
Lepas ni jangan disebut lagi cerai n talak...
tk
Visitor IP: 115.164.184.69
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.