Tuesday, April 28, 2015

Soalan: Status Perkahwinan

Nama*:Sri Asam Pedas
Tajuk*:Status Perkahwinan
Message*:Salam Ustaz,

Saya dah 6 tahun berkahwin & ada 2 org anak perempuan.
Baru-baru ni kami kerap bergaduh.

Saya kerap minta cerai sbb satu, saya emosi, satu lagi sbb
perangai suami tak berubah. (Dia utamakan kerja & kawan2)
Saya faham kerja itu untuk beri rezeki pada keluarga, tapi masalahnya,
kerja & keluarga tak seimbang. Saya rasa lama sangat saya bersabar dengan; kerja-kerja dia. Tp dia suami & ayah yg baik.

Sepanjang saya ada minta utk berpisah dia sering tak setuju. Tp yg paling
terbaru, dia seakan setuju. Dia tulis atas kertas suruh saya pergi (berambus) . Dia tulis dua kali atas 2 kertas. Ada 3 kertas sy tulis, dan
dia baca semua.

Nota pertama saya tulis saya ajak pergi kaunseling, dicampaknya
kertas tu atas lantai.
Nota kedua saya tulis, saya ada di rumah adik, ada hal, mintak
dia tolong ke rumah adik & tgk anak2 kejap, dia tulis 'berambus' atas kertas tu.
Nota ketiga saya tulis, mmg sy akan berambus tp nak cari rumah & angkat brg dulu. Ditulis atas kertas tu balik, 'berambus la sial'.

Jadi saya nak berambus dgn pindah keluar rumah secepat mungkin & pergi ke mahkamah untuk urusan perceraian. Soalan saya, jatuh talak ke tidak setelah diusir begitu? Kami tinggal serumah lg sbb sy dlm proses
packing brg utk pindah. Cuma kami tak bercakap lgsg dan takde bersua muka lgsg. Sy rasa ini perang kami yg terakhir.

Minta jasa baik Ustaz utk email pd sy jawapan kpd soalan sy ni? Sekiranya
tak dibenarkan, takpe. Terima kasih Ustaz.
File Upload:

Salam

Wow, perang terakhir lah ni.. hebatnya jadi suami isteri.. Gaduh dan bergaduh lepas tu cerai, masuk mahkamah..

Sebelum terlewat, saya berpendapat, elok kiranya puan berdiam sejenak dan bertenang untuk membuat pertimbangan yang betul. Nak cerai senang, tapi nak cari suami baru, nak dapatkan suami yang sabar, nak dapatkan suami yang memahami kita, itu tak akan ada lagi.. bertenanglah sejenak...

Jika puan sedar, dia seorang ayah yang baik, kenapa pula perlu berpisah? Pergaduhan dalam rumah tangga sentiasa terjadi, cuma kebijaksanaan suami isteri sahaja yang menguruskannya agar ia tidak hancur dan terpisah.

Saya nasihatkan, usahlah puan keluar barang dulu, usahlah nak berpisah dahulu, usahlah mengikut rasa hati sangat. Bawalah bersabar dan bertenang. Dia bekerja, tu baguslah daripada dia tak bekerja langsung, kan susah jadinya...

Tulisan suami; berambuslah sial, itu boleh menjatuhkan talak jika suami berniat untuk cerai ketika tulisan itu dibuat. Jika tidak ada niat cerai, maka perkahwinan ini masih selamat.

kalau dapat, bawa suami dan puan sekali bersemuka dengan kaunseling, mereka boleh bantu...

sayang rumah tangga spt ini, kenapa pula nak berpecah?...

tk

Visitor IP: 175.140.90.32, 108.162.225.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA