Wednesday, April 1, 2015

Soalan: perasaan was2

All Basic Accounts are subject to routine security scan to reduce abuse. To remove this message, please embed the "Powered by EMF" and "Report Abuse" link on the page where this form is embedded.You can click here to request a rescan or wait for the next scheduled security scan.

Nama*:saya85
Tajuk*:perasaan was2
Message*:assalamualaikum ustaz,
baru2 ni saya dapat perasaan ragu2 adakah telah berlaku penceraian dalam perkahwinan kami..

saya baru saja belajar tentang cerai dan rujuk dan sy baru saja mendapati lafaz tidak perlu isteri dgr pn blh jatuh talak.

selepas sj tahu tntg ini sy jd RAGU2 adakah aku pernah tercakap perkataan cerai semasa bergaduh(sms) sorang2 diri.?
selama sy bergaduh dgn isteri sy sering kali peringat diri supaya tidak sesekali lafaz/ckp/tulis perkataan cerai atau talaq kerana sy tahu perkataan ini tidak boleh dibuat main2 kerana jatuh talaq sekiranya ia berlaku.
semasa bergaduh dalam sms sy cuma mengugut utk cerai dan seingat sy perkataan yg sering sy guna adalah jgn smapai aku sebut atau lafaz! tetapi saya tidak pernah berlafaz dn ia diakui sendri oleh isteri.sy rujuk ustaz utk hal ini dan yakin tidak berlakunya talak

masalah sy disini adalah sy jd was2 'adakah aku pernah SORANG2 tercakap perkataan cerai atau talak? rasanya tidak pernah,tp sy takut sbb sy sendiri xingat ada ke sy bt mcm 2 kerana pergaduhan sms itu telah lama berlaku dan sy tidak pernah taip perkataan cerai dan ckp cerai kpd isteri depan2... bantu la sy ustaz.. sy keliru dgn perasaan RAGU2 sy sendiri.......
File Upload:
Salam

Jika saudara sendiri tidak pasti sama ada pernah berlafaz cerai atau SMS cerai, maka ia tidaklah dikira telah jatuh talak.

Sekarang suadara sudah tahu hukumnya, maka pastikan yang akan datang tidak lagi disebut atau menyebut lafaz cerai.

Yang lalu itu, sudahlah.. usah difikirkan sangat, ia hanya merosakkan amal dan keyakinan kita. Nak berkawan dengan syaitan ke?

tk

Visitor IP: 202.146.86.132

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA