Tuesday, April 28, 2015

Soalan: Adakah jatuh talak?

Nama*:Husaini
Tajuk*:Adakah jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Saya penghidap penyakit OCD (was-was) yang amat kronik. Seringkali saya mengalami penyakit lintasan hati dan kecelaruan dalam bercakap sehinggakan banyak perkataan yang keluar daripada mulut saya dianggap lafaz kinayah cerai sedangkan tiada niat langsung ke arah itu. Ini menyebabkan saya sangat berhati-hati ketika berbual dengan isteri. Pernah saya berbual-bual dengan rakan saya tentang peristiwa saya lupa menghidupkan lesen memandu saya ketika dalam perjalanan ke Kelantan. Dalam perbualan tersebut saya berkata, " Aku pernah drive kereta ke Kelantan dengan lesen mati. Bila sedar lesen dah mati, aku pun suruh bini aku bawak kereta, Tengok2 dia pun mati." Lafaz ayat "Tengok2 dia pun mati" merujuk pada lesen isteri saya yang mati. Hal ini menjadikan fikiran saya celaru dan was-was bila mana saya kaitkan ia dengan lafaz kinayah cerai sedangkan saya tidak berniat langsung ke arah itu. Saya menjadi sangat bingung dan sangat berharap saya pulih daripada penyakit jiwa ini. Mohon bantuan dan nasihat daripada Ustaz.
File Upload:
Salam

Jika tiada niat untuk cerai, maka kata-kata sepretiitu tidaklah menjatuhkan talak.

CUba dapatkan rawatan drp penyakit ini. banyakkan istighfar dan banyakkan membaca al-Quran sbg ubat mujarab penyembuhan...

tk

Visitor IP: 115.132.56.119, 108.162.225.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA