Thursday, April 2, 2015

Soalan: masalah rumah tangga

All Basic Accounts are subject to routine security scan to reduce abuse. To remove this message, please embed the "Powered by EMF" and "Report Abuse" link on the page where this form is embedded.You can click here to request a rescan or wait for the next scheduled security scan.

Nama*:hairi
Tajuk*:masalah rumah tangga
Message*:assalamualaikum ustas,
Saya telah berkahwin dengan isteri saya sekarang hampir 3 tahun. isteri saya seorang janda anak 2, masalahnya;

1. Selepas 2 hari nikah isteri tidak tidur bersama saya hingga sekarang.bila saya tanya kenapa alasannya dia tak boleh tidur disebabkan saya tidur berdengkur. saya tidur ditingkat atas dia tidur di tingkat bawah. Saya hairan anak tiri saya tidur berdengkur lebeh kuat dari saya ditingkat bawah boleh pula dia tidur sedangkan bersama saya dia bagi alasan tak boleh tidur.

2.isteri keluar rumah tidak pernah nak minta izin dari saya sebagai suaminya walaupun nak gi kerja.

3.semenjak berkahwin saya tidak pernah lihat isteri menunaikan solat lima waktu.

Sudah banyak kali saya tegur dengan cara yang baik tentang 3 perkara diatas dan saya tidak pernah memukul pun isteri saya. Saya masih bersabar dengan kerenah isteri saya yang hanya mementingkan kerjanya dari kewajipannya dan tanggunjawabnya sebagai isteri terhadap suami. Sekarang saya buntu bila isteri nak ke pejabat ugama untuk menuntut cerai disebabkan saya tidak mahu menceraikannya kerna saya maseh nak mempertahankan rumahtangga saya dan berusaha untuk menyedarkan isteri saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. apa yg saya cuba dipertikaikan oleh isteri bila saya suarakan tentang tidur bersama suami dan meminta izin bila nak keluar rumah.Dia boleh jawab takan semua tu dia nak ikut protokol nak keluar kena minta izin. nauzubilah saya dengan jawapan isteri saya itu. Saya harap ustas dapat membantu saya dengan nasihat dan panduan agar saya dapat hidup bahagia dari memendam rasa dengan sikap isteri saya ini.

hairi
 
File Upload:
Salam

Isteri tak nak tidur dengan suami (tanpa alasan munasabah) adalah satu dosa dan dianggap derhaka (nusyuz). Keengganannya berbuat demikian membolehkan suami membuat tiga perkara; menasihati, pisahkan tempat tidur dan memukulnya utk mengajar... Jika dia masih enggan juga, itu adalah hak suami untuk menceraikannya jika itulah yang terbaik.

Isteri perlu minta izin suami untuk keluar rumah, walaupun telah maklum keluar bekerja, paling tidak bersalaman atau sebut je... 'Saya pergi dulu'

Suami boleh membantu isteri untuk solat, cuba buat solat berjemaah, suami jadi imam dan dia jadi makmum, ajaklah sekali anak-anak tu untuk solat.. berilah sedikit ruang utk mereka berubah..

tk


Visitor IP: 113.210.161.84

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA