Thursday, April 30, 2015

Soalan: Ujian Allah Di alam Perkahwinan

Nama*:Hassan
Tajuk*:Ujian Allah Di alam Perkahwinan
Message*:Assalamualaikum

Saya ingin bertanya ustaz berdasarkan situasi saya ini, adakah terjatuh talak keatas isteri?

-Isteri saya adalah seorg yg baik, solehah. Tetapi mgkn lalai dgn ujian Allah, dia terjebak berkenalan dengan suami org di tempat kerja yg sama sehingga menghantar sms menggunakan bahasa syg menyayang. Hati sy bagai dibom apabila mendapat tahu tentang perkara tu. Tp disebabkan isteri saya sendiri yg mula2 menceritakan kpd sy dan menyesal dgn perbuatannya, sy rasa x adil jika sy trs menghukum. Saya x pasti darimana datangnya kesabaran kpd sy waktu tu, dan sy trs mulakan siasatan pada hr yg sm. Izin Allah, pertemukan sy dgn isteri org tu yg rupanya tgh mencari sy utk tujuan yg sama. sy dpt tahu perkenalan dorg baru x sampai sebulan, masih belum terlajak sampai kluar mkn atau berdua2an, sekadar sms & bergayut telefon. jd sy pun ajak keempat2 kami berjumpa di satu tempat bg mencari jalan penyelesaian.

situasi 1)
Sewaktu isteri sy cl menceritakan perkara sebenar, sy dgn xda niat utk menceraikan dia, sy niat utk kami sama2 berehat dan kita akan bincang bila sesuai waktunya, sy kata, " mlm ni ayg jgn blk k, mungkin kita perlu masa utk mula berbincang masalah ni".

situasi 2)
sewaktu berjumpa keempat2 kami, sy bertnya kepada lelaki tu, " Kalau aku tinggal isteri aku, hang mau amik dia jd bini hg?"....dan sy tnya isteri sy, "Kalau abg tgl ayg, ayg nk jd isteri dia?"sy bertanya dengan redha dan ikhlas hati untuk tahu jawapanya, tanpa ada niat walau sedikit untuk menceraikan isteri saya...jawapan kedua-duanya ialah tidak..

Dengan kekuatan & keizinan Allah, sy ampunkan ke 2 mereka. Sy berpegang Alhamdulillah, Allah uji kami semua & Allah x benarkan perkara itu berlarutan, sbb tu Allah buka hati isteri sy untuk menceritakan kpd sy dan berpatah balik kejln yg btl. Mudah utk dikatakan, tetapi Allah ja yg mampu merawat hati sy. Walau apapn, semua org wat kesilapan dan x slh kita memaafkan selagimana kita mampu. Byk sy fikirkan, perlukah sy tglkn isteri sy?.. Tapi sy juga wajib melindunginya dan keluarga sy dari kehancuran. lastly, Allah bg sy jln, sy pilih utk bagi peluang ke 2 kpd isteri sy kerana sy kenal siapa dia n sy juga x lekang dari membuat kesalahan.

Persoalan sy;-

adakah jatuh talak kepada isteri sy dlm kedua2 situasi sy tadi?

Sekian

Wasssalam..
File Upload:
Salam

Alhamdulillah saudara selayaknya menjadi suami yang baik dan mithali.. Tahniah.

Tenang dan sabar adalah rahsia untuk mencipta kebahagiaan dalam rumah tangga. Bawalah kembali ke jalan Allah dan keredaan kita bersama.

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak dan tidak termasuk dalam kes talak..

tk


Visitor IP: 115.134.100.178, 108.162.225.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA