Thursday, April 16, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:farahin
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam ustaz,

saya bergaduh dengan suami,lalu saya meminta dilepaskan.suami menjawab :aku lepaskan.talak tiga
tanpa ayat lengkap dan tanpa menyebut kepada saya,seperti "baik,aku lepaskan engkau dgn talak tiga."

adakah jatuh talak?

dia melafaz tanpa niat,kerana saya memaksa dan mengugut dia atau saya akan buat kecoh di ofis dia.lalu dia melafaz dgn trpaksa.
File Upload:

Salam

Bagus lah tu.. jatuh talak tiga selepas tu menyesal tak sudah... Cerai ni tak boleh selesaikan masalah, fikirlah dulu kalau bergaduh pun..

Jika suami sebut dengan jelas seperti itu, ia boleh menjatuhkan talak. Talak terjadi sendan ada permintaan dan ada jawapan.. Puan yang minta dicerai dan suami mengiyakan permintaan puan, maka jatuhlah talak.

Soal tak ada niat, itu susah nak dinilai kerana apabila kalimah cerai disebut, maka ia terjatuhlah talak. Keculilah orang tu jenis latah, dicucuk perut, terpacul perkataan cerai.. tak lah jatuh talak...

tapi kalau orang yang waras, sebutan cerai itu sudah cukup untuk menjatuhkan talak.

Ugutan? Setakat mana suami benar benar terancam dengan ugutan puan, jika ia benar terancam maka lafaz itu adalah terpaksa, tetapi jika ugutan itu tidaklah sampai membahayakan nyawa atau mengugat kerjaya, ia tidaklah dikira paksaan.

Elok kes ini dibawa ke mahkamah...

tk

Visitor IP: 170.38.99.35

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA