Soalan: ingin tahu
Nama*: | hamba allah |
Tajuk*: | ingin tahu |
Message*: | assalamualaikum ,,saye ingin tahu dosa kah saye jika meminta cerai jika sisuami ringan tangan..dalam setahun adelah 2 atau 3 kali saye di pukul..saye akui kadang2 mulut saye pun melampau,,kerane terlalu saket hati di pukul saye pun berjanji
DENGAN NAME ALLAH LAGI SEKALI SUAMI PUKUL SAYE AKAN MINTA CERAI,selang 2 bulan kami bertengkar dan suami pukul lagi,pagi suami paergi kerja macam biasa.saye pun sms suami mnta cerai,,sisuami membalas sms saye OK AKU LEPAS KAN KO.,selang beberapa sms suami hantar sms lagi SEKARANG AKU DAH LEPAS KAN KO ,KO NAK APE LAGI..kami bertengkar lagi dan suami sms lagi,,SEKARANG KO DA BEBAS..
saye keliru adekah jatuh talak.,,dan saye tak paham kalau ikut kiraan dah talak berape..mohon penjelasan. |
File Upload: | |
Salam
Merujuk kepada kes ini, telah jatuh satu talak (pada kefahaman saya) kerana ulangan yang disebut itu adalah penjelasan kepada telah jatuh talak kpd puan.
tk
Visitor IP: 180.73.241.209
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.