Thursday, April 23, 2015

Soalan: Suami Halau Keluar Rumah

Nama*:zara-al-rashid
Tajuk*:Suami Halau Keluar Rumah
Message*:Saya telah beberapa kali dihalau supaya keluar rumah oleh suami. Suami tidak memberi nafkah zahir yang konsisten kepada saya dan anak2, cuma menyediakan tempat tinggal sahaja. Dalam setahun mungkin 3-4 bulan sahaja duit belanja makan saya dan anak2. Saya bekerja sepenuh masa dan menggunakan duit saya sendiri untuk belanja dapur, duit yuran sekolah anak2, duit makan dan untuk perkara2 asas yang lain. Saya sangat marah dan geram setelah beberapa kali dihalau keluar. Kini, saya bernekad utk keluar dan duduk sendiri tanpa anak2 kerana dia kata, dia akan menjaga anak2. Apakah hukum suami saya itu menghalau saya, tanpa memberi duit utk saya mencari rumah lain. Dan adakah berdosa untuk saya keluar rumah?
File Upload:
Salam

Suami sepatutnya menjadi pelindung dan penjaga serta memberi nafkah kepada keluarga. Jika suami sudah tidak memberi komitmen untuk menjaga keluarga tanpa sebarang alasan, maka dia telah berdosa dan bersalah.

Tindakan puan untuk keluar rumah ada baiknya sebagai pengajaran dan ingatan kepada suami. Namun bahayanya ada. Andainya suami terus ceraikan puan, itu akbiat buruk. Ataupun dibiarkan puan tergantung sebegitu sahaja, malang juga tu..

Cuba bawa kes ini ke kaunseling di Pejabat Agama, mungkin mereka boleh membantu.

tk

Visitor IP: 121.123.155.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA