Soalan: mandi wajib
Nama*: | airisya |
Tajuk*: | mandi wajib |
Message*: | salam...di tapak tangan saya ada kesan2 calar dan bewarna hitam/perang2...tapak tangan calar sebab.mungkin kena pisau semasa memotong bawang..puas cuci tapi tak hilang...kalau guna sepit kuku utk potong kulit tu blh tp sakit pula...jadi saya biarkan je dan cuci biasa je kemudian terus mandi wajib...
Sah tak mandi wajib saya ustaz? ( kesan hitam tu bukan cat/gris)
Tambahan soalan : kebanyakkan orang ada tumit kakinya pecah2 dan ada kotoran hitam pada tumit yg pecah tu..dah cuci tp tak hilang...
Jadi sah tak mandi wajib & wuduknya...
Tk |
File Upload: | |
Kesan luka atau parut tu, tak perlu dihilangkan. memadai diratakan air pada permukaannya dan sah mandi puan.. Islam tidak menyusahkan kita...
rekahan pada tumit dengan kesan hitam tidaklah perlu diputihkan, dibersihkan.. memadai dengan diratakan air sebegitu sahaja...
tk
Visitor IP: 1.9.102.248
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.