Monday, April 13, 2015

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:zarina
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Ustaz

Baru2 ini saya baru membatalkan saman mahkamah atas sebab saya yakin suami berjanji dia akan berubah dari perangainya yang suka berpoya2, berjudi dan minum arak.


Memang dia dah mula tak keluar malam seperti selalu. Tetapi yang saya nampak di hadapan mata saya, dia masih balik rumah dgn bau arak. Yang membuat saya kecil hati, tiap kali saya meminta dia solat, dia marah. Dia cakap hati dia belum terbuka lagi dan satu hari dia akan solat. Hati mana yang tidak sedih dan geram. Saya rasa saya ditipu dan dia masih belum bertaubat.

Sekarang ini dia sering melafazkan
1. Kalau aku tahu kau asyik nak marah2 hal yg lalu, baik aku ceraikan kau masa di mahkamah kelmarin.
2. Ayat2 sering dilafaz seperti :-
Kalau macam ni, baik kita bercerai je.
tak payah membeban aku nak bagi nafkah lagi.

Saya tak ingat berapa kali ayat2 seperti ini keluar dari mulut dia. Bila dia sedar, dia cakap dia tak ada niat nak cerai kan saya...dia kata "kalau jadi begini baik kita berpisah". Jatuh ke talak atas saya?
File Upload:
Salam

Ugutan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz talak yang jelas disebut...

Jika masih ada kalimah KALAU, ia tidak jatuh talak..

Puan kena banyak bantu dia untuk berubah.. wujudkan suasana lslam dalam rumah untuk lebih membahagiakan kita..

tk

Visitor IP: 118.101.146.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA