Tuesday, April 28, 2015

Soalan: aku menyesal kahwin dengan kau

Nama*:has
Tajuk*:aku menyesal kahwin dengan kau
Message*:assalam,

dua bulan lepas, sy telah bergaduh besar dengan suami ekoran saya tidak menolong emaknya di dapur ketika kami pulang ke kampungnya. ini kerana saya perlu memerhati anak-anak saya kerana sepupu mereka agak ganas ketika bermain.
sebelum ini saya dan suami telah berjanji apabila pulang ke kampungnya, suami akan menjaga anak dan saya akan menolong emaknya di dapur. pada ketika itu, suami saya tidak menunaikan janjinya.
semasa bergaduh, saya telah mengeluarkan kata-kata kesat seperti jantan sial dan aku menyesal kahwin dengan kau.
ini kerana sepanjang perkahwinan, saya banyak menanggung perbelanjaan kerana suami berpendapatan rendah berbanding dengan saya.tambahan pula, tekanan kerja membuatkan saya semakin tertekan apabila pulang ke rumah.

persoalannya,
1. adakah saya seorang isteri derhaka?
2. adakah setelah saya berkata "aku menyesal kahwin dengan kau" maka secara automatik semua pahala saya sepanjang perkahwinan akan terpadam?
3. sekarang suami saya telah tawar hati untuk kembali kepada saya dan berniat untuk memutuskan hubungan kami. bagaimana cara untuk saya menyelamatkan kembali rumahtangga kami kerana saya masih sayangkan dia dan saya tak nak merosakkan masa depan anak-anak sekiranya kami bercerai kelak.

t/kasih.

e
File Upload:
Salam

Puan, punca pergaduhan bukannya besar, isu kecil sahaja dan kenapa hendak dipanjangkan hingga melibatkan cerai berai dan ungkit mengungkit..

Kembalilah berdamai, carilah jalan terbaik untuk pulihkan kembali hubungan dengan suami. Soal dosa pahala itu hak Allah, kita tidak tahu keadaannya. Kita yakin Allah tidak menzalimi hambanya dengan sedikit kesilapan akan terhapus segala kebaikan yang dibuat.

Buat masa ini, berliah sedikit ruang waktu kepada suami untuk bertenang dan puan kembalilah memujuknya dan meminta maaf atas keterlanjuran kata. Pujuklah suami itu, mungkin dengan meminta maaf, atau apa sahaja tindakan yang boleh menyenangkan hati suami. Jika suami itu terlalu sayang kepada ibunya, puan boleh juga telefon ibunya untuk berbincang dan meminta nasihat.. ataupun telefon bertanyakan khabar. ia sudah cukup untuk menyenangkan hati suami...

Doa dan istighfar selalu, moga Allah panjangkan jodoh kalian. tk


Visitor IP: 202.75.149.236, 108.162.208.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA