Nama*: | Ainun |
Tajuk*: | Ucapan Cerai |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Saya ini seorang muallaf oleh itu pengetahuan mengenai hukum hakam agama sangat sedikit. Harap ustaz dapat membantu menyelesaikan persoalan saya. Ceritanya begini; saya dan suami masing-masing bekerja, tapi saya sangat merasa terbeban disebabkan semua gaji saya digunakan suami untuk membayar hutang dan segala keperluan, kad atm pun suami yang pegang sedangkan saya ini mempunyai keinginan untuk membeli barangan kehendak saya namun suami selalu marah. Saya selalu merasa tidak adil disebabkan suami menggunakan wang gajinya sesuka hati; beli barang ikut kehendak, pergi bermain golf, keluar makan bersama kawan etc. Di rumah juga saya terpaksa mengurus anak-anak, buat kerja rumah (suami agak berat tulang). Suati hari saya merungut pada suami;minta dia bantu urus anak2 dan buat kerja rumah memandangkan saya juga bekerja mencari rezeki. Saya juga meminta hak saya untuk mengawal penggunaan gaji saya. Akibatnya suami saya marah dan berkata jika saya gunakan wang saya maka dia akan terpaksa berhutang sana sini untuk mencukupkan keperluan kami sehingga hujung bulan. Suami saya katakan kepada saya dia akan ceraikan saya sekiranya sudah tidak tahan (hidup susah) dengan nada tinggi. Saya terkejut sebabnya suami saya tidak pernah menyebut perkataan cerai sebelum ini biarpun kami bergaduh ataupun dalam keadaan dia marah. Boleh ustaz jelaskan perkara ini? adakah kata-kata itu cuma niat sahaja? sekiranya dia berniat menceraikan saya pada masa itu adakah jatuh talak? untuk pengetahuan ustaz, semenjak daripada peristiwa itu suami saya banyak mendiamkan diri. |
File Upload: |
Salam
Ucapan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak. Ia adalah satu ugutan.
Puan, pada pendapat saya, suami perlu lebih bertanggungjawab dlm menyara hidup keluarga. Tidak boleh sama sekali suami mengambil wang gaji puan kerana ia adalah hak puan. Tidak patut suami beralasan seperti itu, dia yang kena menyara keluarga dan puan boleh membantunya dengan meringankan beban. Puan berhak minta balik kad ATm tu dan menguruskan sendiri perbelanjaan rumah tangga.
Masalahnya ialah suami yang sengaja tidak mahu memahami tuntutan agama dalam hal ini. Puan perlu bantu beliau dengan memberikan sedikit ilmu ttg rumah tangga dan jika boleh biasakan dengan aktiviti masjid; ceramah agama dll yang membantu dia.. Keluarkan dia daripada terus menzalimi puan.
tk
Visitor IP: 60.52.21.21
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.