Sunday, April 19, 2015

Soalan: mohon kepastian tentang lafaz cerai dari suami

Nama*:filzah
Tajuk*:mohon kepastian tentang lafaz cerai dari suami
Message*:Salam ustaz...
Perkara ni dah 3 bulan berlalu...pada masa tu saya dan suami tgk drama tv tentang situasi cerai...pelakon lelaki tu lafazkn cerai kpd isteribya..
Kemudian, secara tiba2 suami pun ikut / ulang lafaz cerai tu...iaitu "aku ceraikan kau"..suami tak pandang saya masa melafaz...saya juga yakin dia tak tujukan kpd saya...
Soalan saya :
1. Adakah boleh jatuh talak dlm kes tersebut?
2. Selepas 3 bulan, saya duduk bincang dgn suami tentang hal tu..saya kata kpd suami sambil nangis " abg ingat tak yg abang ada cakap satu ayat ni masa tgh tonton drama 3 bln lepas".. Saya suruh suami ckp...suami pun kata " Filzah cakap,abang tak boleh cakap'..
Saya pun beritahu yg abang sebut ayat ni " aku ceraikan kai"..
Suami pun kata,mmg abg cakap tapi abg tak ckp kpd filzah,abg ckp dekat orang dlm tv tu..
Boleh jatuh talak x ustaz?

3. Tambahan soalan : Kalau..maksud saya kalau lar semasa saya tanya suami "abang ingat tak ayat yg abg lafaz semasa tgk tv 3bulan lepas"? Dan suami pun menjawab " aku ceraikan kau " dgn tujuan utk menjawab peryanyaan isteri...Boleh jatuh talak ke ustaz..
Mohon sgt ustaz dpt jelaskan semua...
Saya kerap search isu ni di web,ada kata jatuh..ada kata tidak...
Tk.
File Upload:
Salam


Pasal tv ni saya menyampah betul la... dah terlalu banyak soalan seperti ini kena dijawab.. op.. sori..

Jika suami menyebut cerai tanpa ditujukan kepada isteri, maka ia tidak jatuh talak...

dia tak ada niat utk cerai sekadar mengulangi ucapan tv, tak terjadilah cerai..

tk

Visitor IP: 203.106.159.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA