Sunday, April 5, 2015

Soalan: jatuh talak

Nama*:amyza
Tajuk*:jatuh talak
Message*:assalammualaikum ustaz,sya tlh brgduh truk ngan suami baru2 ni,sya hlng ksbran bila dye asyk mnylahkn sya..mcm2 kta2 yg dibrinye pda sya...sbb sya dh ckp sbr bile dye prnh maki sya dngn nma bntang,,,bru2 ni dye ckp lg than syaitan ape ntah dh mrsok sya,.,sya tlh tmpar; cekik2 suami sya smbil pksa dye lpsskn sya..than dye pun lafazkn mlai hari ini ak lpaskn kau..lpas2 sya kmas2 dye pjuk blik,dye ckp dye trpksa ckp mcm tu sbb tkot sya buat bnde yg bkn2..sbb sya dh start tmpar2 n cekik2 dye,,prsoalannye adakan jtuh tlak trhdap sya @ prlu rujuk ke jbtan agama?
File Upload:

Salam.

Pertamanya puan, gunalah tulisan bahasa Melayu kita dengan betul dan elok, boleh diringkaskan sekadar yang memudahkan kita, tetapi perbetulkanlah tulisan kita. Bahasa kita kitalah yang menjaganya, bukan orang lain... Maaf ya..

Hebat puan ni, berani tampar dan cekik suami. Jarang kita jumpa isteri cekik suami.. Bagus juga, selepas ini suami tak berani nak buat hal lagi.. hehe...

Brpandukan kes, saya berpendapat lafaz suami itu tidak jatuh talak kerana dia terpaksa berkata demikian kerana puan yang mendesak dan dia dalam situasi yang bahaya. Maksudnya ia tidak menjatuhkan talak.

tk



Visitor IP: 183.171.162.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA