Soalan: was was
Nama*: | wahidah |
Tajuk*: | was was |
Message*: | assalamualaikum ustaz,
situasi 1
saya bergaduh dengan suami atas sebab salah yang datangnya dari saya sendiri. suami marah lalu berkata 'ini isteri ke?'. saya bertanya, apa maksud suami tanya begitu? saya tanya dan tanya lagi. 'knp?sy bukan isteri syg ke' suami pun menjawab '.................(tidak jelas) bukan isteri'. saya tanya lagi utk kepastian.suami pn berkata '..............bukannya bukan isteri'
minta pendapat ustaz dengan situasi saya.saya pula yang menjadi was-was.bila saya tanya suami,suami marah dan bertanya saya fikir apa.
situasi 2
apa hukum jika suami menyanyi lagu yang liriknya seperti 'lepaskan atau perpisahan'
bagaimana ustaz nak mengelak was-was atau perkara ini terjadi lagi jika bergaduh antara suami dan isteri?
terima kasih |
Salam
Kes pertama, ia tidak terjadinya talak, Talak sah dengan lafaz yang jelas dan langsung...
Kes dua jika tidak ada masalah kerana nyanyian bukannya ada kaitan dengan talak..
tk
Visitor IP: 1.9.135.44
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.