Tuesday, January 16, 2018

Soalan: Bertanya

Nama*:Jailani
Tajuk*:Bertanya
Message*:Assalam Ustaz...

1/. Dahulu saya pernah pergi ke pejabat agama....dan berjumpa seorang pegawai disana...Saya berkata pada dia "Dengan isteri saya....Saya yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz....Cuma seorang diri tu macam kat dalam bas nak balik keje ke...saya termenung tiba2 was was datang saya berkata dalam hati "Saya lafaz ke?...Saya lafaz?" ahh macam tu"...Kemudian pegawai tu kata pada saya "Jangan2 Encik....Encik kena yakin....Jangan dilayan was was itu....Itu gangguan syaitan semata - mata". Saya yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz seorang diri.....Saya benar2 yakin Ustaz...

2/. Ketika saya hendak pergi kerja, saya nak bersalam dengan isteri saya lalu saya buat huming Hmmmm. Kemudian isteri saya panggil saya semula untuk bersalam dengan saya sambil cium tangan saya....Masa dia panggil saya, saya buat huming lagi Hmmmm...Apabila sampai dipejabat saya jadi was was....gangguan was was pun datang masa tu....Saya buat huming Hmmmm dalam hati, saya yakin dalam hati....Kemudian tiba2 saya hembus nafas dari hidung dan saya hembus nafas yang kuat dari mulut saya dalam keadaan mulut tertutup rapat...Saya yakin tidak lafaz Ustaz dan Saya tidak ada niat....


Jatuh atau tidak Ustaz pada situasi diatas?

Salam

Tidak terjadi talak.. Talak perlukan lafaz yang jelas.

Saudara kena rawati dan atasi penyakit was-was.. Perhatikan orang lain hidup senang tanpa was-was kenapa anda dibelengu masalah ini. ini berpunca daripada kelemahan diri sendiri mengawal emosi.

Dan kenapa pula semua hmmmmm, dehemmmm dan sebagainya perlu dikaitkan dengan CERAI?

tk



Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA