Monday, January 29, 2018

Soalan: Minta penjelasan ustaz

Nama*:Muhammad
Tajuk*:Minta penjelasan ustaz
Message*:Nama*: Muhammad
Tajuk*: Minta penjelasan ustaz
Message*: Salam ustaz, jika ada lafaz berkaitan cerai keluar dari mulut semasa duduk sendirian disebabkan lintasan hati. Pada masa itu sy tidak tahu pun tentang kadar lafaz seperti jika tiada suara yg keluar walaupun hanya gerak lidah dan bibir tidak menjatuhkan talak.apa yg sy tau jika ada gerakan lidah dan bibir tetapi tiada suara yg keluar tetap dikira lafaz.selepas membaca di blog ustaz, baru sy tau jika lafaz yg tidak jelas tidak la dikira jatuh talak. Jadi, sy fikir-fikir balik sy tidak pasti lafaz yg keluar tadi itu jelas atau tidak tapi jauh disudut hati sy menyatakan ianya lafaz yg tidak jelas. Sy was-was ustaz.

Jawapan Ustaz:
Salam

Lafaz yang jelas sahaja akan disahkan untuk menjatuhkan talak. Tanpa lafaz yang jelas, ia tidak sah talak.

SOALAN:
Jadi, jika selepas itu sy merasakan was-was tidak pasti tentang lafaz yang dilafazkan jelas atau tidak, bermakna boleh tak sy kembali kepada keadaan asal iaitu lafaz yang tidak jelas dan dalam erti kata lain tidak jatuh talak. Sekarang ni sy sedang dalam proses untuk mengubati was-was sy ustaz.

Salam

Ia, kembalilah kepada asal iaitu lafaz itu asalnya tidak jelas atau asalnya ia tidak dilafazkan..

tk


Visitor IP: 2404:160:8116:8105:4fe:a0f1:86fa:9ef2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA