Monday, January 1, 2018

Soalan: Mohon pandangan ustaz adakah disabit sebagai talak

Nama*:Filzah
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz adakah disabit sebagai talak
Message*:salam ustaz...
saya yg telah hantar soalan dibawah tempoh har :-

Salam ustaz..

Saya gaduh dengan suami...suami marah marah...

Kemudian suami keluar rumah , naik kereta sbb ada kerja...Saya nangis dan ingin pergi pada suami yg baru nk masuk dlm kereta.

Suami pun cakap
"Jangan keluar"..!

Dan saya dengar suami cakap sambil menuding jari ke arah saya "jangan tanya aku pergi mana"..!!

Saya hanya nangis dan diam saja.

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik..dia hanya cakap "jangan keluar"..!!. dan "jangan tanya aku pergi mana..!!

Adakah boleh jatuh talak jika saya keluar rumah?

Saya amat yakin yg suami tak cakap ayat cerai taqlik.

Kemudian apabila sudah reda, suami ajak saya keluar untuk pergi ke kedai bersamanya. Saya pun berkata kepada suami " tadikan abang tak beri saya keluar.."
Kemudian suami pun berkata "Abang bagi awak keluar, awak boleh keluar rumah, jom keluar rumah naik kereta dengan abang pergi kedai..
Kemudian, saya pun keluar rumah bersama suami.

Apa hukum jika saya keluar rumah & apa hukum saya tanya suami pergi mana?

SOALAN SAYA, IA MEMANG BUKAN LAFAZ TAQLIK YER USTAZ? JADI KALAU SAYA KELUAR RUMAH, TANYA SUAMI PERGI MANA, IA TETAP TIDAK JATUH TALAK KE USTAZ?

Salam

Bila suami tidak kaitkan dengan cerai, maka ia tidak terjadinya lafaz taklik. So tiada kaitan dengan talak pada kes ini.

tk

Visitor IP: 113.210.178.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA