Wednesday, January 17, 2018

Soalan: Mohon bertanya

Nama*:Sazali
Tajuk*:Mohon bertanya
Message*:Salam Ustaz....

Saya mohon bertanya :

1/. Semasa mahu keluar dari tren....gangguan was was datang ganggu diri saya....Apabila saya telah keluar dari tren, saya menyebut perkataan Dah, Dah,Dah,Dadah,Dadak dengan cara berbisik....
Ustaz...Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....

2/. Saya beritahu pada rakan saya...."Udang Kering yang abang order tu, Bry Dereng". Sepatutnya saya nak sebut "Blend Dry" tetapi saya tersasul sebut "Bry Dereng"....
Saya tidak ada niat dan Saya yakin tidak lafaz.....

3/. Semasa saya berkata - kata dalam hati....saya menggosok hidung saya kerana gatal....Semasa sedang menggosok hidung nafas pun keluar dari hidung saya....Saya Yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya rasa was was....

4/. Saya menyebut "Aku tidak ada niat" dalam hati.....Apabila saya
sudah menyebut perkataan tersebut...mulut saya atau bibir saya rasa macam terbuka sedikit....Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat...

5/. Saya sebut dalam hati...."Aku yakin tidak Lafaz"....Semasa menyebut perkataan tersebut dalam hati saya, saya tengah garu dagu saya kerana gatal....Kemudian saya rasa was was....Saya rasakan mulut dan bibir saya macam ada terbuka sedikit....Lalu saya garu dagu saya berulang kali....untuk yakinkan saya....Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat.....


Jatuh atau tidak Ustaz?
Salam

Rawatilah penyakit saudara ini. yang pastinya ia menyusahkan hidup saudara. Islam tidak menyusahkan anda, tetapi anda sendiri yang menyusahkan diri sendiri atas alasan agama.. akhirnya agama yang dipersalahkan atau dipersusahkan..

tk

Visitor IP: 219.92.69.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA