Soalan: JATUH TALAK @ TIDAK..
Nama*: | Hajar |
Tajuk*: | JATUH TALAK @ TIDAK.. |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak tanya, adakan jatuh hukum talak seandainya suami menyatakan bahawa " saya tak layak untuk berkongsi susah payah suka duka hidup dengan dia lagi... Hutang dia.. biar dia sendiri... Orang lain tak payah masuk campur..
Baru-baru nie kami bergaduh sebab saya dah gunakan kad kredit yang dia tinggalkan pada saya melebihi hadnya dan dia marah pada saya sampai dia cakap macam tu...
Adakah kami masih suami isteri atau talak tu dah jatuh pada saya..
Mohon pencerahan Ustaz.. |
Salam
Ia tidak terjadinya talak kerana tiada lafaz yang jelas pada ungkapan berkenaan.
Kecualilah jika suami ada niat untuk cerai pada ketika lafaz itu diucapkan.
tk
Visitor IP: 2001:e68:4435:b0eb:b040:1de0:4c93:24e1
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.