Nama*: | Mohamad |
Tajuk*: | Nazar atau Tidak |
Message*: | Saya ada masalah gangguan lintasan hati, pernah pada masa saya berusia belasan tahun dahulu, berlaku lintasan hati menyuruh saya menyelesaikan permainan menggolek kulit telur hingga sasaran yang ditetapkan, saya berusaha banyak kali dan gagal, kemudian berlaku lintasan dalam hati saya jika saya berjaya, saya serah semua harta saya ke masjid. Kemudian selepas terlintas perkara itu, saya berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan itu, saya tiba-tiba tersedar dan bimbang dengan apa yang berlaku. Kemudian, keesokkan harinya saya dalam keadaa keliru, membuat solat taubat dan berdoa untuk serahkan separuh harta saya pula sepanjang hayat saya. Kemudian berlaku lintasan dalam hati saya lagi bahawa saya perlu menyerahkan beberapa ribu ke masjid dan perlu digandakan setiap tahun dan hingga ke tahap RM 25 ribu saya tidak mahu menggandakan lagi kerana saya tak mampu lagi. Kemudian saya tersedar saya tidak mampu untuk menunaikan perkara itu hinggalah apabila saya dewasa pun saya tidak membuat perkara itu. Apakah telah jadi nazar perkara itu, dan saya sebenarnya runsing dengan perkara ini, kerana saya bukanlah kedekut harta, tetapi saya tidak mahu melakukan perkara yang tidak ikhlas sebab terpaksa lebih-lebih lagi jika sebenarnya itu mainan syaitan hingga boleh merosakkan diri saya dan kehidupan beragama saya. Sekian, terima kasih. |
Salam
Lupakanlah kisah silam itu.. LIntasan bukannya satu penegasanyang perlu diikuti sebagai nazar..
Anda perlu bina keyakinan diri, usah layan dengan lintasan dan gangguan yang mendatang.. ia menyusahkan hidup anda.
tk
Visitor IP: 103.245.90.240
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.