Soalan: Mohon pandangan ustaz
Nama*: | W.ati |
Tajuk*: | Mohon pandangan ustaz |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..
Saya dah bernikah, semasa suami lafaz ijab qabul, suami menyebut sekali jumlah mas kahwin/mahar utk saya berjumlah rm250...
Tetapi , selepas selesai akad nikah, suami hanya bagi rm200 pada saya...
Saya pada masa tu terima je...
Dah masuk 8 tahun kami bernikah...
Dan ada masanya saya hanya cakap dlm hati yg balance duit mas kahwin yg xcukup tu saya halalkan je lar...
Soalan saya ustaz,sahkah pernikahan saya dgn suami sbb masa tu mas kahwin yg suami bagi kurang dari apa yg suami sebut semasa lafaz ijab qabul.
Tk |
Salam
Nikah sah. Jika dah dihalalkan, maka ia tidaklah lagi berdosa kepada suami..
Yang jadi isteri tu pun, kenapa tak minta bakinya.. tak banyak pun RM50 jer... mintalah kalau dah itu hak anda... tak kan nak tunggu 8 tahun baru nak diungkit?
kan pelik gitu?
maaf n tk
Visitor IP: 113.210.120.152
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.