Monday, January 1, 2018

Soalan: Suami bertanya tentang cerai

Nama*:Diana Ahmad
Tajuk*:Suami bertanya tentang cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya sedang menonton drama tv,manakala suami sedang bermain game di hphone..

Dalam drama tv tu, ada agenda seorang isteri berkata dgn dialog " saya dah berkahwin tetapi suami saya sudah tinggalkan saya"..

Suami saya terus menyampuk dan berkata kpd saya " cerai yer"?
Saya hanya menggelengkan kepala kearah suami..

Kemudian saya pun tanya suami : "Abang lainkali kalau saya tgk drama tv tu,abg diam² sudah , saya tak suka lah abg cakap / sebut perkataan tu...

Suami saya membalas : " tak, abang cuma tanya je kenapa dengan perempuan dlm drama tu, itu je...tak ada kena mengena pun dengan awak".

Soalan saya pada ustaz :
Apakah hukum suami berkata ayat "cerai yer" tu kepada saya? ( Tapi saya hanya menggelengkan kepala).

Boleh jatuh talak ke ustaz terhadap pernikahan saya?
Risau ni harap ustaz dapat beri penjelasan.

Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana suami tidak bermaksud untuk menceraikan isterinya pada kes ini.

tk

Visitor IP: 113.210.178.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA