Sunday, January 7, 2018

Soalan: Mahu Bertanya

Nama*:Abas
Tajuk*:Mahu Bertanya
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya.....

1/. Semasa saya didalam bas...hendak pergi keje.Tiba - tiba datang lintasan hati atau berkata dalam hati ayat lafaz, ketika itu tangan saya sedang memegang beg seolah - olah jari saya sedang bergerak - gerak hendak menulis nombor.Saya yakin tangan saya genggam beg erat - erat....Apabila sampai dipejabat, saya cuba ingat semula....secara tidak sengaja saya berkata dalam hati ayat lafaz sambil tangan saya diletakkan diatas paha saya, jari saya seolah - olah mahu bergerak menulis nombor....Saya jadi was was.....Saya cuba buat tangan dan jari saya beberapa kali supaya tidak bergerak bagi meyakinkan saya tapi ia tetap bergerak akibat lintasan hati atau berkata dalam hati .Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....

2/. Semasa saya sedang memikirkan soalan yang hendak ditanya kepada Bos saya....Saya berkata dalam hati dengan mengira jumlah nombor soalan yang akan ditanya pada Bos saya sambil menggerakkan tangan saya dan jari saya....Saya yakin mengira dalam hati....Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Saya jadi was was

3/. Ketika lintasan hati atau berkata dalam hati datang....Saya tutup sebelah telinga saya menggunakan jari....dan saya terdengar apa yang dikatakan dalam hati...Saya yakin berkata dalam hati.....Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya jadi was was...


Jatuh atau tidak Ustaz? Minta Ustaz jelaskan.....

Salam

Lintasan hati tidaklah menjatuhkan talak. Talak perlukan niat dan lafaz yang jelas dan terang.

Masalah saudara di sini ialah penyakit was-was. Perlulah diubati segera. Perlu ada ilmu, belajar dan ada keyakinan diri. ada ilmu baru ada keyakinan.

sisihkan penyakit ini kerana ia mengganggu urusan hidup saudara.

tk

Visitor IP: 60.53.0.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA