Monday, January 1, 2018

Soalan: Tanya tentang Zihar

Nama*:Fuad
Tajuk*:Tanya tentang Zihar
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya :

1/. Saya beritahu pada Ibu Bapa saya yang Mak Mertua saya tangan dan kakinya bengkak2 akibat penyakit buah pinggang. Kemudian saya berkata "Macam arwah Atuk saya kena penyakit buah pinggang"....Saya nak cakap Mak saya punya Bapak tetapi saya tersasul berkata "Atuk punya Mak, Mak punya Atuk, Mak punya Abah, Abah punya Mak, Bapak punya Mak, Mak punya Bapak".
Soalan saya....adakah ini Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.....

2/. Ketika sedang berbual bersama rakan2 disebuah restoran...... seorang kakak bertanya dengan saya "Dik, masa wife (isteri saya) tengah bersalin masa dia tengah berusaha nak keluarkan baby tu, Adik tengok keadaan wife adik dengan muka dia yang sedang sakit....Adik tengok dia kesian ke, sedih ke?". Saya berkata pada kakak tu "Saya nangis, Saya bayangkan mak saya (bagaimana susah nak melahirkan saya)." Kemudian beberapa minit saya beritahu pada kakak tersebut "Kak.... Masa saya nangis, saya tengah nangis....Saya bayangkan mak saya tengah beranak kan saya (masa mak saya menahan sakit ketika melahirkan saya dahulu)."
Soalan saya Ustaz.....adakah situasi diatas itu zihar?Saya tidak ada niat zihar....Cuma saya rasa was was samada saya ada menyebut perkataan "macam" atau pun tidak......atau sekadar lintasan hati. Saya memang tidak ada niat Zihar....


Minta Ustaz jelaskan......

Salam

1. Ia tidak terjadinya zihar sama sekali. ZIhar kenalah dengan niat untuk mengaibkan isteri..

2. Ia juga tidak terjadinya zihar.

tk
Visitor IP: 60.53.0.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA