Nama*: | Dean |
Tajuk*: | Keliru Jatuh Talak kerana penyakit was-was |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Untuk pengetahuan ustaz, saya ada penyakit was-was yang sangat kronik. Sekarang ini sejak saya membaca buku berkenaan "Cerai dan Talak", fikiran saya sering menerawang berkenaan jatuh talak. Saya menjadi paranoid setelah mengetahui cerai boleh jatuh dengan lafaz sama ada lafaz sorih atau kinayah tanpa dilafaz di hadapan isteri. Bermakna kalau dilafazkan seorang diri akan jatuh talak. Sekarang ini saya takut untuk berbicara dengan isteri kerana bimbang setiap perkataan saya nak berbicara akan ada lintasan untuk saya jatuhkan talak. Ini kerana saya bimbang terjadi lafaz kinayah cerai sebab setiap perkataan nak dituturkan datang lintasan untuk tujuan cerai. Soalan saya ustaz, ada satu situasi saya sedang dalam perjalanan ke pejabat, dan saya mendengar perkataan "Aum" dalam radio dan timbul lintasan "sekiranya kau sebut perkataan "Aum" seperti dalam radio tu jatuh talak", selepas itu saya menyebut perkataan tersebut dan saya mula berfikir adakah itu bisikan syaitan ataupun aku redha dengan lintasan syaitan sampai jatuh talak. Apakah hukum dan jatuhkah talak itu ustaz? Saya sebelum ini sampai bermonolog dalam hati dengan "Sungguh-sungguh Ya Allah dalam setiap perkataan bicara aku, aku tak akan pernah berniat untuk menceraikan isteri aku dan aku sayang dia kerana Allah Taala. Setiap hari saya bermonolog dan meyakinkan diri saya tapi saya tetap tak boleh hilangkan lintasan dan bisikan tentang cerai ini. Mohon jawapan ustaz untuk kekeliruan saya dan keresahan saya ini. Adakah perkataan "Aum" itu walaupun dikira sebagai lafaz kinayah seandainya diniatkan cerai walaupun saya tiada niat ke arah itu. |
Salam
Rawatilah penyakit anda secepat mungkin. Usah dilayan mainan syaitan. Bayangkan, ketika orang lain tiada masalah dengan was-was, kenapa anda terlibat dengan penyakit yang dibuat sendiri. Bina keyakinan diri.. bacalah buku dan fahami hukum fiqh. dengan ilmu ada keyakinan diri.. dengan ilmu tahu mana yang salah dan betul...
tk
Visitor IP: 58.26.127.144
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.