Soalan: Perlu sucikan atau x
Nama*: | Zarina |
Tajuk*: | Perlu sucikan atau x |
Message*: | Assalamualaikum ustaz..
Saya ada satu soalan...
Saya ada pergi kedai menempah kad..ia milik org cina...
Untuk masuk ke kedainya,perlu tanggalkan selipar dan letak diluar premis ( depan pintu masuk)
Saya tanggalkan selipar dan masuk...
Kemudian,depan mata saya,saya nampak 2 ekor anjinh berlari di depan pintu masuk...
Saya sangat2 pasti (yakin) yg anjing2 tersebut tidak terlanggar / terpijak selipas saya yg ada di luar pintu..mungkin ia berlari sebelah selipar saya.
Soalan saya,perlu ke saya samak / sucikan selipar saya tu.. Takut² ada terkena bulu anjing ke @ air liurnya ke,..
Mohon jawapan Dari ustaz |
Salam
Jika tidak kena, tidaklah perlu dibersihkan..
diperakui hukum hanya kepada yan zahir dan nyata sahaja..
tk
Visitor IP: 113.210.178.93
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.